10 November 2011

~perfume~

wah, tetibe arini nak cite pasal perfume lak. actually kt tempat keje ada org jual perfume yg branded punye & ngan harga yg murah sbb tak kena tax. from Dubai katenye la & 100% ori hokey... so aku pon borong la 2 botol, bukan senang nak beli. kalu harga biasa di pasaran xde maknenye la aku nak beli kan. bek aku guna duit 2 beli menda len yg lg b'faedah. kalu jenis yg perfumeholic tu x pe la berabes beratus2 just nak beli sebotol perfume. aku ni idok la addicted sgt ngan perfume mahal2 ni, asal pakai perfume yg idung leh terima dah cukup.

so aku telah memilih DIOR ADDICTED 2 utkku & CALVIN KLEIN Eternity utk ehem2 ku heee...



aku try gak bau perfume lain, ada yg idung leh terima n ada yg x leh terima langsung. antara yg aku rasa sedap gak bau dia seperti NINA RICCI, Flora by GUCCI, ICANTO BLOOM.




ada perfume yg botolnye mmg cantik sgt tp bau lak x brape suke mcm MARC JACOBS DAISY.  botolnye siyes sgt cantik & unik.. pastu ada lak perfume ni yg dah released b4 aku diberanakkan lg. bapak giler dah lama, tp aku br je tau hahaha. mmg ketinggalan zaman tol la.

pasni jgn ter addicted ngan perfume mahal2 ni sudah, kang kopak aku bulan2 nak beli haha... tu je nak cite, skadar nak ada post br je ;D

01 November 2011

~streSS!!~

ermmm, bile dah stress ni baru nak kembali ke pangkal jalan penghapdet belog, ishhhhh -_-''
semenjak dua ni mcm2 jadi kt aku hishhhh... (tau x baek mengeluh tp tu je yang aku boleh buat wat masa sekarang ni)... dengan masalah keje lg, tambah masalah  personal lg. rasa mcm nak lari jauh2 dok kt pulau yg xde org (eh2, x bleh2 sbb nanti aku plak meroyan sorg2 kebosanan)... cume aku boleh berdoa pada Yang Maha Berkuasa je la semoga dipermudahkan segala urusanku~~


p/s: betul ke org kate lg nak dekat majlis langsung makin byk dugaan, ni pon asyik sentap-menyentap je slalu. fedap la cmni!!! >_<

28 September 2011

~my E-day (25-9-2011)~

As salam semua,


wahhhh, lama giler x hapdate blog. kalu motor x guna lama ni mau dah jahanam x leh start huhu..
hapdate kali nak nak cite pasal my E-day ^____^ (senyum lebar disitu ;P)
my E-day jatuh pada 25 Sept 2011 pada pukul 11.30 am. xmo cite byk, layan je la pic kt bwh ni:








mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan hingga hari yg dinanti-nanti InsyaAllah...

01 July 2011

~makan angin with familia~

last saturday, me n my family went to Serdang, tp bukan Serdang, Selangor but Serdang, Kedah. lama giler da x jejak kaki kat sana. actually, dulu penah duduk kt sana dari tadika sampai abes darjah 6. then baru la pindah ke selangor ni. kali ni pegi ke serdang pon sebab kawan time sek. ren. dulu kawen... parents dia n my parents plak kawan so mmg angkut 1 family la g kenduri tu. ni pic sekitar kenduri tu:







dapat snap pic dari jauh je sbb pengantin tengah makan. so lepas jumpe pengantin + perut pon da kenyang kitorg pon berangkat la meninjau kawasan + rumah lama. terkenang kembali zaman kanak2 + nakal2 dulu hehehe... bestnye kalu dapat g balik zaman kanak2 dulu >__<


lepas da pusing 1 serdang tu, kitorg bertolak la balik, tgh2 jalan tu teringat ZOO TAIPING da dekat so aku pon bg cadangan suh singgah ZOO TAIPING. memandangkan ari pon masih awal lagi, cadangan aku diterima tanpa sebarang bantahan heheheh... da lama sgt x penah dtg zoo ni, seingat aku last dtg sini time sek. ren. so ni aksi2 kitorg di ZOO:






















bila da abes 1 zoo kitorg pusing, perut pon jadi lapar balik. ayah aku lak ngidam nak makan mee udang kt kuala sepetang, so abg aku selaku driver kena la mengikut arahan bos ;) susah gak nak cari kuala sepetang, siap guna gps lg br la jumpe. bile nampak je kedai mee udang mak jah terus je singgah. udang dia mmg bapak2 la. tp pada aku rasa dia biasa2 je. cume special sbb byk udang + besar2. ni mknan yg da selamat masuk dalam perut kitorg:






tp mak aku sempat rasa cket je sbb dia kate udang tu x brape masak n ada bau hanyir. lepas mkn 1 suap terus dia loya2 huhu... tp kami yg lain sental sampai abes, almaklumla kitorg ni tolak batu ngan kayu je hehehe ;D


lepas dah makan2 tu terus btolak balik, family aku anta aku terus ke umah sewa sbb next day aku kena g JB ada retreat tempat keje. tp mmg puas ati dpt jalan2 sakan aritu, cube x best 2 org adik x dpt join sbb sorg blaja kt terengganu n sorg lg kt australia. bile la leh berkumpul ramai2 n sume ada lg pasni >__<

p.s: next update nak cite pasal rombongan cik kiah ke JB hehehe.

16 June 2011

farewell old boss and welcome new boss

sedihnye bos aku sekarang t'paksa lepaskan jawatan dia disebabkan arahan top management... tak sampai setahun lg dia dok sini, nak ikutkan kontrak dia 2 tahun.. tp nak buat macam mana kalu dah org atas bg arahan, kena terima je la. bos aku ada cakap dia rasa upset sbb org atas ni tak panggil bincang dgn dia n consult dia dulu. alih2 dah terima surat penamatan jawatan dan di tukar ke jabatan lain. dah la jawatan dia skrg ni jawatan super senior, alih2 ditukarkan ke jawatan kureng cket dari sekarang.. mmg x jage air muka dia langsung la, ishhhh...

aku x tau apa masalah top management sampai buat dia mcm ni tp bg aku dia bos yg sgt baik. easy going n happy go lucky. kira senang la nak b'kerja dgn dia, boleh melawak dgn dia. dan dia jenis yg susah melenting. nape aku cakap susah melenting, sbb 1 peristiwa ni la. kesahnye mcm ni: bos aku ni dipanggil oleh VC sbb ada 1 borang yang dikeluarkan oleh jabatan kitorg byk typing error n ayat tunggang-langgang. VC siap bg memo tulisan merah lg kt bos aku ni. tp bos aku ni cool je, balik dari jumpe VC tu dia g jumpe department b'kaitan yg kuarkan borang tu. dia just sampaikan apa yg VC cakap n dia x marah2 walaupun dia kena marah dgn VC. betapa dia ni baik n sabar orgnye... kalu bos sebelum dia ni mmg da kena makin hamun da la department yg b'kaitan.

so b'kuatkuasa 1 Jun 2011 ni bos baru akan take over, hopefully bos baru ni ok la. kalu x merana idup huhu..

kepada bos lama aku iaitu PROF. DR. RAMLEE MUSTAPHA, terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang Prof. berikan sepanjang saya bekerja dgn Prof. moga2 kita boleh bekerjasama lg di masa akan datang...




30 May 2011

~senyum, tak perlu kata apa-apa~

seriously ngah serabut sgt skrg ni, ermmm... tibe2 t'jumpe artikel kt bawah ni. mmg sgt sesuai utk aku... so saje nak share la kt sini. sharing is caring...

Petua Untuk Hati

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
artikel ni aku cedok dari sini.

Ya Allah, kuatkan la hati hambaMu ini. Amin~~

18 May 2011

POLITIK Malaysia =_=''

x tau nak mula cmne, aku ni sebenarnye bukan minat sgt pon amik tau pasal politik. tp semenjak da layak mengundi ni terpaksa la amik tau cket² pasal politik. x kan la plak nak wat undi rosak... lgpon aku da ada pengalaman mengundi masa pilihan raya kecil kt KKB tahun lepas. syok la plak g ngundi ngeee, tp kena pastikan b4 kuar umah kita dah tau nak pangkah sapa. kang x pasal² kena cepuk ngan urusetia SPR  ;D ekceli, aku agak jakun masa 1st time g ngundi dlu, aku pelik asal urusetia tu memekak² panggil nama & no ic kuat². rupanye mmg procedure dia gitu eh huhu..

so berbalik pada topik, politik malaysia skrg ni dah makin kritikal kesewelannye. mcm² la parti politik buat untuk memancing pengikut. aku ni x ada la nak memihak pada mana² parti. pada aku setiap parti ada pros n cons masing². x leh la nak ckp parti satu ni mmg bgus giler n parti lg satu mmg x guna, lahabau or what so ever. pandai² korg la nilaikan parti mana yg kena ngan jiwa korg (nak sentimental ke, hard rock ke, irama malaysia ke) hakhak...

pada aku, nama baik sesebuah parti tu penting utk menarik penyokong. cume 1 aku nak highlight aku sgt x suka yg amat la kalu sesebuah parti ni bg sumbangan pada pihak yg memerlukan pastu panggil pihak media ramai² mengalahkan usop wilca wat press conference nk introduce anak dia pada public ngan tema kaler sume pink gitu ;D lebih elok kalu mengikut pepatah ni, tgn kanan memberi tp tgn kiri pon tak boleh tau (lebih kurang la ayat tu, asal paham cukup ;D)

ok skrg ni kalu aku suh korg sebut 1 perkataan yg terdetik di kepala korg kalu sebut pasal politik malaysia, apa yg korg akan pikirkan??

korapsi?? fitnah?? konspirasi?? tipu kanan tipu kiri?? or belakang?? (opsss, perkataan belakang agak sensitif dalam politik malaysia skrg ngeeee ;D) ada x yg terpikir menda yg +ve such as adil, telus, boleh diharap, amanah, fathonah, siddeq?? x ada kan!!! (ok aku SS, aku yg tnye, aku gk yg jwb hahaha. nak tunggu korg jwb sempat telur siput b**i menetas dulu ;D) so daripada jawapan td tu kita da leh agak situasi politik malaysia skrg cmne =_=''

politik malaysia skrg ni pon ngah hangat ngan kes DSAI mengalahkan kes peterporn 0_O. dalam kes ni aku bdiri atas pagar. i dont know whether he's guilty or not. kepada penyokong DSAI, jgn la disebabkan anda penyokong fanatik beliau, anda 111% percaya beliau tidak bersalah dan memaki hamun sapa yg kata dia bersalah. DAN kepada mereka yg tidak menyokong DSAI plak, jgn la anda membabi buta menyatakan mmg sah DSAI bersalah walaupon x penah tgok video aksi s*x beliau. aku yg penah tgok ni pon masih lg berdiri atas pagar (opsss, aku tgok versi cut punye ye hehehe ;P). lagipon jatuh berdosa menfitnah kalu korg mencanang kata dia bersalah sedangkan sebetulnya dia bersih. kalu instinct korg rasa mmg dia bsalah pon, just keep it to urself jela. senyap² sudey... at the end of the day, kebenaran akan diketahui jugak. kalu bukan kt dunia, kt akhirat nanti PASTI, so x yah la korg suke² ati menambahkan dosa yg sememangnye dah byk...

so in conclusion, pandai² korg la pilih parti mana nak vote pada PRU yg akan tiba x lama lg... jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERI wakaka...

p/s: mintak mahap la ye kalu entry kali ni ntah pape. rasanye ni la entry paling pnjg dlm blog ni. dah lama x mengarang panjang², rasa cam ntah pape je aku tulis kali ni. rasa mcm dari paragraph ke paragraph x ada kesinambungan pon. ohhhh skill aku ngarang da tumpul. dulu aku la juara mengarang esei bagi kawasan jajahan kg pisang muahaha... need to polish up my mengarang skill >__<

10 May 2011

i need a new job!!!

aaarghhhhhh, nak cari keje lain, nak cari keje lain (sila ulang sampai 100x)
da xmo keje kt sini lg
tp nak keje kt mana???
erkkk, sila la rajin cket bukak website keje kosong ngok!!!
OK2, btindak segera =_="






alahai, nape x ada jwtn kosong kt tganu
tipu la tganu x ada keje kosong lgsg
ok2, keje kosong yg mengikut kelulusan la...
ooo, sabo je la..





da x leh sabo da ni, rasa mcm nak berenti je...
tp nanti bising plak parents, huwaaaa...
menci, menci, menci (sejuta kali)
nak keje lain nak keje lain gak!!!
asdqwhrdkwerhew@$ddfjvdjf&8^@!!



MEROYAN~~~

04 May 2011

24!!!


arggghhh, 11 April 2011 genap umur aku 24 tahun. makin lama makin tua, namun masih byk lg menda yg aku x capai sampai sekarang. contohnye keje x stabil lg, financial apatah lg, x ada apa yg aku leh banggakan pada umur aku 24 tahun ni. namun aku tetap bersyukur pada yg Maha Esa sbb masih berikan peluang utk aku b'nafas di bumi ini. aku jgk bersyukur sbb dianugerahkan sebuah family yg bahagia. nak compare dgn family yg keluarga b'pecah belah. ohhh, betapa beruntungnye aku!!!

cuma aku agak terkilan sbb x mampu lg nak menyumbang pada parents yg da byk berjasa pada aku such as bwk dorg g melancong ke, g umrah ke... mmmm... sabar la AZWA, 1 hari nanti Insyaallah ko boleh lakukan jgk >_<

pada usia 24 tahun ni kadang2 terdetik jgk rasa cemburu pada kawan2 yg dah bertunang n dah kawen. bukan cemburu sbb dorg bahagia, cume cemburu sbb aku x join group dorg gak huhu... alahai, bile la turn aku plak ye hehehe (tibe2 tuka mood gatai ;P)

apapun, pada usia 24 tahun ni aku bersyukur atas segala kurniaan Allah. disamping tu aku akan tingkatkan lg usaha so that pada usia 25 tahun nanti x de la aku nak merepek kecewa la, cemburu la (termasuk yg bab tunang n kawen tu gak hehehe ;D) alahaiiiii~~

lamanye...

huuuu, lama nye tak makan menda ni:





dan ni...



dan ni...





dan ni...




dan ni...




dan ni...




dan ni...




dan ni...




dan ni...




sumenye gara-gara berat badan asyik naik je x henti2 T_T
jeles ngan kwn2 yg asyik mkn tp berat badan x naik2 pon
nak ikutkan aku just mkn siang skali + mkn mlm skali kalu time weekdays
kalu weekends x pasti plak sbb kdg2 kuar umah mkn mcm2 hehehe
kwn aku mkn pagi, tgh hari, ptg & mlm tp bdn sekeping je, sgt jeles disitu >_<

so skrg ni da lancarkan plan yg x pasti berjaya @ x:
mkn dlm kuantiti sikit & sebelah mlm tidak dibenarkan mkn mknan berat T_T
so nanti kita akan tau samada plan ni berjaya @ x huhuhu...

once upon a time, when i was thin >_<

p/s: kalu sapa2 ada tips nak turunkan berat bdn sila2 la share ngan kita yg kiut miut ni huuuu...

08 April 2011

~tReaDmiLL~


bosannya dok sorg² kt umah ni... dua² housemates x ada. sorg cuti g umrah & lg sorg cuti balik kg. tinggal aku t'kontang kanting sorg² kt sini... nasib baik esok dah jumaat, leh balik umah parents, yeayyy (^__^)



dlm dok sorg² mlm ni tibe² terpikir nak beli treadmill ~~~


sgt smart k

time free² cmni leh gak ilangkan bosan ngan bersenam + leh m'bakar kalori berlebihan haha... actually masa belajar kt USM dulu selalu jugak g gym, alatan yg paling aku suka adalah treadmill.. kalu x ada org mmg aku conquer sorg² la treadmill tu. tp kalu time ramai org t'paksa la guna 20 min je... lps abes blaja pon slalu gak g public gym, almaklum la kt kkb x ada gym lain. tp masa yg diberi utk kaum hawa sgt t'had. dari pukul 3.00pm - 5.30pm. bukannya lepas pada tu x boleh masuk lg, cume terpaksa b'campur dgn kaum adam.. eee, x sior teman >_< antara reason nape aku suka sgt b'senam dgn treadmill:

1.    lari  lama pon x penat sgt compare dgn jogging (bukan nak ckp stamina aku ni kuat pon :P). tp dulu kalu lari dgn treadmill 30 min pon aku boleh tahan (tanpa henti ye) tp kalu jogging 10 min pon da semput huhu

2.     indoor, so x ada la jd perhatian org sgt huhu... (contoh situasi yg aku x suka:
unknown person: eh, bdk ni bukan ke br je dtg, apesal br jogging cket da t’julur² lidah ;P
hahaha, ni yg teman x sior. Tp mungkin aku je yg perasan lebih pdahal dorg x perasan pon hehehehe..

3.     bile² masa pon boleh b'senam + tak perlu tuka baju n pakai tudung (ni kalu treadmill sendiri la)

 balik² keje terus leh b'senam hehehe..

so aku pon telah m'jengah ke website www.mudah.my utk tgok rege treadmill yg murah² huhu... tp rata² harga sume 1k ke atas >_< nampaknye tpaksa tangguh dulu impian sebab byk menda lain yg penting nak guna duit.. moga impian ni m'jadi kenyataan..

ni bukan kaki aku coz kaki aku lg suci n murni ;P

P.S:  >_< tension dgn berat badan yg semakin menjadi² sejak akhir² ni. arap² ada durian runtuh dalam masa terdekat ni, dapat la beli treadmill dgn pantaSS...