30 May 2011

~senyum, tak perlu kata apa-apa~

seriously ngah serabut sgt skrg ni, ermmm... tibe2 t'jumpe artikel kt bawah ni. mmg sgt sesuai utk aku... so saje nak share la kt sini. sharing is caring...

Petua Untuk Hati

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
artikel ni aku cedok dari sini.

Ya Allah, kuatkan la hati hambaMu ini. Amin~~

18 May 2011

POLITIK Malaysia =_=''

x tau nak mula cmne, aku ni sebenarnye bukan minat sgt pon amik tau pasal politik. tp semenjak da layak mengundi ni terpaksa la amik tau cket² pasal politik. x kan la plak nak wat undi rosak... lgpon aku da ada pengalaman mengundi masa pilihan raya kecil kt KKB tahun lepas. syok la plak g ngundi ngeee, tp kena pastikan b4 kuar umah kita dah tau nak pangkah sapa. kang x pasal² kena cepuk ngan urusetia SPR  ;D ekceli, aku agak jakun masa 1st time g ngundi dlu, aku pelik asal urusetia tu memekak² panggil nama & no ic kuat². rupanye mmg procedure dia gitu eh huhu..

so berbalik pada topik, politik malaysia skrg ni dah makin kritikal kesewelannye. mcm² la parti politik buat untuk memancing pengikut. aku ni x ada la nak memihak pada mana² parti. pada aku setiap parti ada pros n cons masing². x leh la nak ckp parti satu ni mmg bgus giler n parti lg satu mmg x guna, lahabau or what so ever. pandai² korg la nilaikan parti mana yg kena ngan jiwa korg (nak sentimental ke, hard rock ke, irama malaysia ke) hakhak...

pada aku, nama baik sesebuah parti tu penting utk menarik penyokong. cume 1 aku nak highlight aku sgt x suka yg amat la kalu sesebuah parti ni bg sumbangan pada pihak yg memerlukan pastu panggil pihak media ramai² mengalahkan usop wilca wat press conference nk introduce anak dia pada public ngan tema kaler sume pink gitu ;D lebih elok kalu mengikut pepatah ni, tgn kanan memberi tp tgn kiri pon tak boleh tau (lebih kurang la ayat tu, asal paham cukup ;D)

ok skrg ni kalu aku suh korg sebut 1 perkataan yg terdetik di kepala korg kalu sebut pasal politik malaysia, apa yg korg akan pikirkan??

korapsi?? fitnah?? konspirasi?? tipu kanan tipu kiri?? or belakang?? (opsss, perkataan belakang agak sensitif dalam politik malaysia skrg ngeeee ;D) ada x yg terpikir menda yg +ve such as adil, telus, boleh diharap, amanah, fathonah, siddeq?? x ada kan!!! (ok aku SS, aku yg tnye, aku gk yg jwb hahaha. nak tunggu korg jwb sempat telur siput b**i menetas dulu ;D) so daripada jawapan td tu kita da leh agak situasi politik malaysia skrg cmne =_=''

politik malaysia skrg ni pon ngah hangat ngan kes DSAI mengalahkan kes peterporn 0_O. dalam kes ni aku bdiri atas pagar. i dont know whether he's guilty or not. kepada penyokong DSAI, jgn la disebabkan anda penyokong fanatik beliau, anda 111% percaya beliau tidak bersalah dan memaki hamun sapa yg kata dia bersalah. DAN kepada mereka yg tidak menyokong DSAI plak, jgn la anda membabi buta menyatakan mmg sah DSAI bersalah walaupon x penah tgok video aksi s*x beliau. aku yg penah tgok ni pon masih lg berdiri atas pagar (opsss, aku tgok versi cut punye ye hehehe ;P). lagipon jatuh berdosa menfitnah kalu korg mencanang kata dia bersalah sedangkan sebetulnya dia bersih. kalu instinct korg rasa mmg dia bsalah pon, just keep it to urself jela. senyap² sudey... at the end of the day, kebenaran akan diketahui jugak. kalu bukan kt dunia, kt akhirat nanti PASTI, so x yah la korg suke² ati menambahkan dosa yg sememangnye dah byk...

so in conclusion, pandai² korg la pilih parti mana nak vote pada PRU yg akan tiba x lama lg... jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERI wakaka...

p/s: mintak mahap la ye kalu entry kali ni ntah pape. rasanye ni la entry paling pnjg dlm blog ni. dah lama x mengarang panjang², rasa cam ntah pape je aku tulis kali ni. rasa mcm dari paragraph ke paragraph x ada kesinambungan pon. ohhhh skill aku ngarang da tumpul. dulu aku la juara mengarang esei bagi kawasan jajahan kg pisang muahaha... need to polish up my mengarang skill >__<

10 May 2011

i need a new job!!!

aaarghhhhhh, nak cari keje lain, nak cari keje lain (sila ulang sampai 100x)
da xmo keje kt sini lg
tp nak keje kt mana???
erkkk, sila la rajin cket bukak website keje kosong ngok!!!
OK2, btindak segera =_="






alahai, nape x ada jwtn kosong kt tganu
tipu la tganu x ada keje kosong lgsg
ok2, keje kosong yg mengikut kelulusan la...
ooo, sabo je la..





da x leh sabo da ni, rasa mcm nak berenti je...
tp nanti bising plak parents, huwaaaa...
menci, menci, menci (sejuta kali)
nak keje lain nak keje lain gak!!!
asdqwhrdkwerhew@$ddfjvdjf&8^@!!



MEROYAN~~~

04 May 2011

24!!!


arggghhh, 11 April 2011 genap umur aku 24 tahun. makin lama makin tua, namun masih byk lg menda yg aku x capai sampai sekarang. contohnye keje x stabil lg, financial apatah lg, x ada apa yg aku leh banggakan pada umur aku 24 tahun ni. namun aku tetap bersyukur pada yg Maha Esa sbb masih berikan peluang utk aku b'nafas di bumi ini. aku jgk bersyukur sbb dianugerahkan sebuah family yg bahagia. nak compare dgn family yg keluarga b'pecah belah. ohhh, betapa beruntungnye aku!!!

cuma aku agak terkilan sbb x mampu lg nak menyumbang pada parents yg da byk berjasa pada aku such as bwk dorg g melancong ke, g umrah ke... mmmm... sabar la AZWA, 1 hari nanti Insyaallah ko boleh lakukan jgk >_<

pada usia 24 tahun ni kadang2 terdetik jgk rasa cemburu pada kawan2 yg dah bertunang n dah kawen. bukan cemburu sbb dorg bahagia, cume cemburu sbb aku x join group dorg gak huhu... alahai, bile la turn aku plak ye hehehe (tibe2 tuka mood gatai ;P)

apapun, pada usia 24 tahun ni aku bersyukur atas segala kurniaan Allah. disamping tu aku akan tingkatkan lg usaha so that pada usia 25 tahun nanti x de la aku nak merepek kecewa la, cemburu la (termasuk yg bab tunang n kawen tu gak hehehe ;D) alahaiiiii~~

lamanye...

huuuu, lama nye tak makan menda ni:





dan ni...



dan ni...





dan ni...




dan ni...




dan ni...




dan ni...




dan ni...




dan ni...




sumenye gara-gara berat badan asyik naik je x henti2 T_T
jeles ngan kwn2 yg asyik mkn tp berat badan x naik2 pon
nak ikutkan aku just mkn siang skali + mkn mlm skali kalu time weekdays
kalu weekends x pasti plak sbb kdg2 kuar umah mkn mcm2 hehehe
kwn aku mkn pagi, tgh hari, ptg & mlm tp bdn sekeping je, sgt jeles disitu >_<

so skrg ni da lancarkan plan yg x pasti berjaya @ x:
mkn dlm kuantiti sikit & sebelah mlm tidak dibenarkan mkn mknan berat T_T
so nanti kita akan tau samada plan ni berjaya @ x huhuhu...

once upon a time, when i was thin >_<

p/s: kalu sapa2 ada tips nak turunkan berat bdn sila2 la share ngan kita yg kiut miut ni huuuu...